IT Entrepreneurship

Dept. of Information System, Faculty of Computer Science and Information Systems

Subject Overview

This course will provide an overview of the basic concepts on entrepreneurship focusing on the nature, environment, and risks of new venture formation and building of businesses.

Generic Skills

Managerial skills | Team Working | Communication skills | Updated with technological trends

GD.com Sdn Bhd

Our team really enjoy this subject.

iUsahawan

Sumber rujukan bisnes anda...

Saturday 17 December 2011

Business Plan

Tarikh: 13 November 2011


Bahan: 
PC dan Internet

Aktiviti:
Melalui tugasan ini, para pelajar dikehendaki mencari contoh Pelan Perniagaan yang dirasakan lengkap dan terbaik di internet. Setelah perbincangan dilakukan, GD.com memilih Pelan Perniagaan berikut:




Business Idea Competition

GD.com memilih idea perniagaan kami sendiri untuk dimuatkan di dalam kertas kerja tugasan berkumpulan ini. Ini kerana, kami berpendapat idea menyediakan perkhidmatan grafik bertaraf koporat merupakan idea yang unik  dan mampu mempunyai pasarannya yang tersendiri. Oleh itu, di sini di muat naikkan kertas kerja idea perniagaan kami.

Business Model

Tarikh: 13 November 2011

Bahan:

Portal i-Usahawan

Aktiviti:

Para pelajar dikehendaki pula mengkaji portal usahawan yang diberi nama i-Usahawan. Para pelajar hendaklah membuat penilaian melalui empat komponen Model Perniagaan iaitu Core Strategy, Strategic Resources, Partnership Network dan Customer Interface. GD.com diberi komponen Core Strategy sebagai bahan kajian.

Melalui komponen Core Strategi, terdapat pula tiga kategori penilaian:

1) Misi Perniagaan
- i-Usahawan menyediakan garis panduan atau platform kepada bakal usahawan menjadi usahawan berjaya
- i-Usahawan memberi peluang niaga dan ruang maklumat melalui capaian mudah di internet

2) Skop Pasaran/Produk
- i-Usahawan merupakan portal pengumpulan dan penyampaian maklumat kepada bakal usahawan dan
  usahawan
- i-Usahawan adalah media pemasaran produk pemasaran
- i-Usahawan adalah pusat pengaksesan ke agensi-agensi yang menyediakan latihan keusahawanan dan
  kewangan

3) Kajian Perbezaan 

www.usahawan.com.my
i-Usahawan

 Lebih kepada forum – interaksi secara langsung


         Tiada komunikasi secara langsung                           
            Perbincangan secara online mengenai perniagaan
         Memaparkan fakta usahawan atau kisah benar usahawan
            Interaksi yang bersifat eksperimentasi
        ‘Success Story’ – motivasi  dan inspirasi






The Team

GD.com Sdn Bhd diterajui oleh lima pengasas pelbagai bidang.


Mohd Afizal Bin Md Tahir
Chief Executive Officer






  Norhidayu Binti Mokhtar
  Chief Financial Officer




  Zurina Binti Mohd.Noor
  Chief Operating Officer






         Siti Noor Ashikin Binti Ibrahim
         Chief Marketing Officer






    Syahida Binti Borhan
    Chief Technical & Development Officer

















HBS-Air Asia

Tarikh: 6 November 2011

Aktiviti: 

1. Briefly describe the trends in the global airline industry.
2. What is the business level strategy adopted by Air Asia?
3. How does Air Asia achieve cost leadership through differentiation?
4. Identify the ways Air Asia can sustain its competitiveness through the business level strategy that is adopted?

Bahan: 

20 Muka surat artikel Air Asia

Mesej:

Aktiviti ini diberikan sebagai tugasan kerana kelas terpaksa ditunda bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Para pelajar dikehendaki membaca artikel mengenai Air Asia dan menjawab soala-soalan yang diberikan.

Jawapan:

Soalan 1

Air asia menjadi syarikat pertama yang membawa idea penerbangan tambang murah ke Malaysia. Motto Air Asia, 'Now Everybody Can Fly' jelas menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkannya mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia dalam menggunakan kapal terbang untuk ke destinasi domestik dan luar negara. Penerbangan tambag murah yang ditawarkan oleh Air Aisa juga telah membangunkan industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia. Walaupun idea ini bukanlah idea baru kerana ia telahpun banyak dilakukan di negara luar, tetapi oleh kerana ia adalah yang pertama di Malaysia, ia menjadi idea dan produk yang berjaya. Pengasasnya, Datuk Tony Fernandez yang dahulunya terlibat dalam bidang penerbitan muzik adalah usahawan yang dikagumi kerana keberaniannya membawa sebuah idea dan merealisasikannya sehingga ke peringtkat ini.

Soalan 2

Strategi pertama yang di ambil oleh Air Asia adalah beroperasi di bawah kawalan Kerajaan Malaysia dengan mengambil kira Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai persaingan utama. Keyakinan Datuk Tony Fernandez telah membawanya untuk membeli Air Asia dan strateginya ketika itu adalah memasuki pasaran penerbangan ketika berlakunya kejadian keruntuhan WTC pada 11 September 2001. Idea tambang murahnya berjaya membawa profit kepada Air Asia pada tahun 2002 di mana Strateginya di situ adalah penumpang tidak disediakan dengan makanan dan minuman tetapi mereka perlu membelinya di atas kapal terbang semasa penerbangan. Seterusnya, Datuk Tony Fernandez telah mempelbagaikan idea tambang murahnya itu sehingga menjadikan ia penerbangan nombor satu di Malaysia. Tidak terhenti di situ, Air Asia meneruskan strateginya dengan menawarkan kemudahan menempah tiket secara online dan di mana-mana sahaja ejen terpilih. Air Sia juga menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang menwarkan khidmat tempahan tiket melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada tahun 2003. Air Asia seterusnya mengambil inisiatif berkerjasama dengan negar-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand bagi mengembangkan sayapnya. Strateginya di situlah adalah untuk memudahkan pengaksesan penerbangannya ke negara-negara tersebut. Air Asia juga menggunakan strategi 'Perang Harga' dengan MAS bagi memastikan ia penerbangan pilihan di Malaysia.

Soalan 3

Air Asia mencapai kos yang disasarkan melalui iklan pemasarannya yang berkesan. Tidak kira melalui media cetak mahupun media telekominikasi, iklan yang dihasilkan mampu menarik ramai penumpang hari demi hari. Selain itu, Air Asia turut mendapat publisiti meluas dengan menaja penerbangan pasukan bola sepak terkenal, Manchaster United, pasukan Formula One AT&T William dan beberapa bintang sukan yang lain. Air Asia juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan seperti menyediakan penerbangan bantuan kepada mangsa bencana alam di Myanmar dan China. Selain itu, publisiti yang meluas juga datangnya dari kempen penjaagan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan kertas untuk sistem tiketnya. 

Soalan 4

Sepertimana yang kita maklum, pesaing utama Air Asia adalah MAS. Oleh itu, strategi kenaikan dan penurunan harga mengikut harga yang ditawarkan oleh MAS dilakukan bagi memastikan harnya lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh MAS. Perkhidmatan yang ditawarkan juga adalah unik berbanding MAS di mana, Air Asia sentiasa mengkaji apa yang tidak mampu ditawarkan oleh MAS.