Monday 5 December 2011

Jet Plane

Tarikh: 18 September 2011

Aktiviti:

Merekabentuk kapal terbang kertas mengikut kretiviti tersendiri

Bahan: 3 keping kertas bersaiz A4

Mesej:

Ini merupakan aktiviti berkumpulan yang pertama setelah kumpulan dibentuk. Aktiviti ini telah menonjolkan kebolehan dan kreativiti setiap ahli kumpulan sekaligus memupuk semangat berkumpulan di kalangan ahli kumpulan. Aktiviti merekabentuk kapal terbang kertas ini juga membuktikan bahawa produk yang baik mampu membawa pasarannya pergi jauh dan berkembang. Kadangkala, kita tidak memerlukan produk atau perkhidmatan yang terlalu kompleks untuk dijual. Produk atau perkhidmatan yang ringkas tetapi bermanfaat juga boleh menjadi produk yang mendapat sambutan baik di pasaran.