Tuesday 6 December 2011

Product Idea

Tarikh: 16 Oktober 2011

Aktiviti:

Merekabentuk satu produk yang bersesuaian dengan gambar keadaan yang diberikan. GD.com memilih gambar yang menggambarkan kawasan pantai.

Bahan: Sekeping kertas bersaiz A4

Mesej:

Aktiviti ini berjaya mendidik setiap ahli dalam kumpulan untuk berani menyampaikan idea masing-masing mengikut kreativiti sendiri. Apabila idea telah dikumpulkan, debat antara ahli kumpulan untuk mempertahankan idea masing-masing menjadikan peranan setiap ahli kumpulan lebih terserlah kewibawaannya. Manakala setelah satu idea terbaik dipilih, iaitu menghasilkan 'Portable Changing Room', kesepakatan dan kerjasama antara ahli kumpulan jelas ditonjolkan di mana, masing-masing ingin menjadikan produk yang dipilih mendapat maklumbalas yang baik dari pensyarah dan seisi kelas. Portable Changing Room yang diberikan nama komersial SQUEEZE & CHANGE ini digambarkan sebagai bilik persalinan yang mudah dilipat dan dia bawa ke mana-mana sahaja. Ia bakap diperbuat dari fabrik ringan berkualiti tinggi dan terdiri dari pelbagai corak. SQUEEZE & CHANGE juga senang dipasang dan mempunyai begnya sendiri untuk memudahkan ia di bawa. Ia juga mampu menyelesaikan masalah tempat persalinan yang sering dihadapi oleh pengunjung pantai dan tempat reakrasi selepas bermandi manda. Berikut merupakan idea bagi produk yang dipilih oleh GD.com :