Tarikh: 18 September 2011
Modul:
Entrepreneur Process
Gambaran Keseluruhan:
Modul ini menekankan panduan untuk menjadi seorang usahawan terutama dalam pemilihan produk dan pembentukan perniagaan. Berikut merupakan proses untuk menjadi usahawan seperti yang digambarkan di dalam modul pengajaran:
1) Persediaan sebagai Usahawan – untuk menjadi usahawan, bakal usahawan hendaklah membuat keputusan yang jitu untuk menjadi usahawan. Mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi setiap cabaran seorang usahawan. Ciri-ciri usahawan yang berjaya hendaklah dipupuk bagi memastikan keyakinan diri terbentuk di dalam diri. Selain itu, kemahiran menjadi usahawan dari aspek kepimpinan, pemasaran, pengurusan dan keperibadian juga hendaklah dibina bagi memastikan profil seorang usahawan berjaya juga terbentuk.

3) Pelan Pembangunan Perniagaan – setelah produk dikenalpasti, pelan organisasi hendaklah dilakukan bagi mengenalpasti individu atau kumpulan yang susuai ditempatkan di dalam organisasi. Ini bagi memastikan individu yang dipilih adalah menepati keperluan dan kehendak syarikat . Seterusnya, Pelan pemasaran dilakukan bagi memastikan proses pemasaran yang akan dijalankan mengikut panduan dan target yang telah ditetapkan. Sejajar dengan pelan pemasaran, pelan kewangan juga harus dibentuk bagi memastikan bajet dan perbelanjaan syarikat mengikut kemampuan syarikat itu sendiri.
4) Pembentukan Perniagaan – fasa ini bermula dengan fasa pembentukan struktur organisasi. Ahli organisasi yang dipilih hendaklah terdiri daripada individu atau kumpulan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran dan pengalaman. Ini bagi memastikan mereka yang dipilih mampu memenuhi keperluan syarikat dari segala aspek. Seterusnya, pendaftaran dan pembentukan syarikat bolehlah dilakukan dengan memilih untuk didaftarkan sebagai syarikat enterprise, sendirian berhad atau berhad serta berteraskan individu atau perkongsian. Di fasa ini juga, ahli syarikat yang dipilih hendaklah menerapkan nilai-nilai etika keusahawanan dan nilai korporat terhadap syarikat bagi memastikan struktur organisasi yang dibentuk diyakini pelanggan dan pelabur.

6) Proses implemantasi/pengoperasian – fasa implementasi adalah fasa di mana, segala aspek perancangan awal telah dilaksanakan. Misalnya, pada fasa ini segala yang berkaitan dengan sumber manusia, kewangan, pemasaran, pengurusan konflik dan strategi telah bersedia untuk dilaksanakan.

8) Penuaian hasil – Setelah syarikat berjaya mencapai target tertentu maka tibalah masanya pula untuk melangkah lebih jauh dengan merancang untuk menjadikan syarikat sebuah syarikat penyenaraian awam atau melaksanakan strategi penuaian yang sesuai. Pada fasa ini, keputusan penuaian seperti pembahagian syer, pembelian anak syarikat dan sebagainya, harus dilakukan.
Refleks:
Semua orang tidak kira mempunyai latar belakang seorang usahawan atau tidak sebenarnya mampu menjadi seorang usahawan sekiranya dia bertekad membuat keputusan menjadi usahawan. Asalkan mereka mempunyai idea yang bolehguna, produk yang baik dan berkesan serta teliti dalam segala aspek pengurusan syarikat, mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya. Modul ini sebenarnya mampu memberikan keyakinan kepada mereka yang ingin menjadi usahawan di mana, tanpa keyakinan tersebut, seorang bakal usahawan akan sukar bergelar usahawan. Tambahan pula, dengan pelbagai dana dan bantuan kewangan dari pelbagai institusi hari ini, setiap impian menjadi usahawan mampu direalisasikan asal bakal usahawan tersebut jelas dari segala aspek keusahawanan.