Saturday 17 December 2011

HBS-Air Asia

Tarikh: 6 November 2011

Aktiviti: 

1. Briefly describe the trends in the global airline industry.
2. What is the business level strategy adopted by Air Asia?
3. How does Air Asia achieve cost leadership through differentiation?
4. Identify the ways Air Asia can sustain its competitiveness through the business level strategy that is adopted?

Bahan: 

20 Muka surat artikel Air Asia

Mesej:

Aktiviti ini diberikan sebagai tugasan kerana kelas terpaksa ditunda bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Para pelajar dikehendaki membaca artikel mengenai Air Asia dan menjawab soala-soalan yang diberikan.

Jawapan:

Soalan 1

Air asia menjadi syarikat pertama yang membawa idea penerbangan tambang murah ke Malaysia. Motto Air Asia, 'Now Everybody Can Fly' jelas menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkannya mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia dalam menggunakan kapal terbang untuk ke destinasi domestik dan luar negara. Penerbangan tambag murah yang ditawarkan oleh Air Aisa juga telah membangunkan industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia. Walaupun idea ini bukanlah idea baru kerana ia telahpun banyak dilakukan di negara luar, tetapi oleh kerana ia adalah yang pertama di Malaysia, ia menjadi idea dan produk yang berjaya. Pengasasnya, Datuk Tony Fernandez yang dahulunya terlibat dalam bidang penerbitan muzik adalah usahawan yang dikagumi kerana keberaniannya membawa sebuah idea dan merealisasikannya sehingga ke peringtkat ini.

Soalan 2

Strategi pertama yang di ambil oleh Air Asia adalah beroperasi di bawah kawalan Kerajaan Malaysia dengan mengambil kira Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai persaingan utama. Keyakinan Datuk Tony Fernandez telah membawanya untuk membeli Air Asia dan strateginya ketika itu adalah memasuki pasaran penerbangan ketika berlakunya kejadian keruntuhan WTC pada 11 September 2001. Idea tambang murahnya berjaya membawa profit kepada Air Asia pada tahun 2002 di mana Strateginya di situ adalah penumpang tidak disediakan dengan makanan dan minuman tetapi mereka perlu membelinya di atas kapal terbang semasa penerbangan. Seterusnya, Datuk Tony Fernandez telah mempelbagaikan idea tambang murahnya itu sehingga menjadikan ia penerbangan nombor satu di Malaysia. Tidak terhenti di situ, Air Asia meneruskan strateginya dengan menawarkan kemudahan menempah tiket secara online dan di mana-mana sahaja ejen terpilih. Air Sia juga menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang menwarkan khidmat tempahan tiket melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada tahun 2003. Air Asia seterusnya mengambil inisiatif berkerjasama dengan negar-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand bagi mengembangkan sayapnya. Strateginya di situlah adalah untuk memudahkan pengaksesan penerbangannya ke negara-negara tersebut. Air Asia juga menggunakan strategi 'Perang Harga' dengan MAS bagi memastikan ia penerbangan pilihan di Malaysia.

Soalan 3

Air Asia mencapai kos yang disasarkan melalui iklan pemasarannya yang berkesan. Tidak kira melalui media cetak mahupun media telekominikasi, iklan yang dihasilkan mampu menarik ramai penumpang hari demi hari. Selain itu, Air Asia turut mendapat publisiti meluas dengan menaja penerbangan pasukan bola sepak terkenal, Manchaster United, pasukan Formula One AT&T William dan beberapa bintang sukan yang lain. Air Asia juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan seperti menyediakan penerbangan bantuan kepada mangsa bencana alam di Myanmar dan China. Selain itu, publisiti yang meluas juga datangnya dari kempen penjaagan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan kertas untuk sistem tiketnya. 

Soalan 4

Sepertimana yang kita maklum, pesaing utama Air Asia adalah MAS. Oleh itu, strategi kenaikan dan penurunan harga mengikut harga yang ditawarkan oleh MAS dilakukan bagi memastikan harnya lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh MAS. Perkhidmatan yang ditawarkan juga adalah unik berbanding MAS di mana, Air Asia sentiasa mengkaji apa yang tidak mampu ditawarkan oleh MAS.