IT Entrepreneurship

Dept. of Information System, Faculty of Computer Science and Information Systems

Subject Overview

This course will provide an overview of the basic concepts on entrepreneurship focusing on the nature, environment, and risks of new venture formation and building of businesses.

Generic Skills

Managerial skills | Team Working | Communication skills | Updated with technological trends

GD.com Sdn Bhd

Our team really enjoy this subject.

iUsahawan

Sumber rujukan bisnes anda...

Saturday, 17 December 2011

EUREKA-Blue Ocean

Tarikh: 13 November 2011

Bahan: 

Barangan Terpakai, Kotak Pewangi, benang, 3 batang straw dan 3 helai kertas A4

Aktiviti:

Merekabentuk satu produk unik yang bersesuaian dengan bahan terpakai yang dipilih. Pensyarah memilih kotak pewangi 'hang it fresh' untuk diinovasikan

Mesej:

Aktiviti berkumpulan ini menampakkan kesungguhan setiap ahli kumpulan untuk mengeluarkan idea terbaik dan bersesuaian dengan barai terpakai yang dipilih. GD.com bersepakat meghasilkan Nota berpelekat yang mampu digantung di rumah dan pejabat yang diberi nama HANG NOTES. Produk ini bertujuan untuk memudahkan capaian dan carian isi rumah dan pejabat. Aktiviti ini menampakkan kerjasama jitu dikalangan ahli kumpulan memanmdangkan produk perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan diperkenalkan kepada semua. Walaupun ia produk yang ringkas dihasilkan, tetapi ketekenun dan kerjasama di kalangan ahli kumpulan amat bermakna bagi setiap pelajar. Aktiviti ini juga membuktikan bahawa tiada yang mustahil dapat dihasilkan sekiranya kita menerapkan nilai-nilai kreatif dan inovatif.







Brain Profiling

Tarikh: 02 Oktober 2011

Aktiviti:

Menjawab soalan yang diberikan dan melakar titik berdasarkan permarkahan pada carta yang diberikan

Bahan: 2 keping kertas bersaiz A4

Mesej:

Ini merupakan aktiviti individu. Setiap pelajar diberikan empat seksyen soalan iaitu seksyen A,B,C dan D. Selepas menjawab semua soalan, pelajar dikehendaki mengira permarkahan bagi setiap seksyen. Kemudian, para pelajar dikehendaki melukis titik-titik mengikut permarkahan setiap sekyen tersebut dia tas carta berbentuk 'spider web' dan mencamtumkannya. hasil daripada cantuman titik tersebut adalah bacaan bagi tahap cara berfikir dan kecederungan seseorang pelajar di dalam sesuatu bidang. Aktiviti ini bukan sajaha menarik minat para pelajar untuk belajar malah dapat mendidik para pelakar dalam mengenalpasti potensi sendiri terutam dalam bidang keusahawanan.















Case Studies

Tarikh: 30 Oktober

Aktiviti: 

Membaca dah mengkaji kisah tiga usahawan berjaya (case study)

Bahan: 

3 artikel usahawan berjaya


Mesej:

Melalui pembacaan kisah usahawan yang diberikan pensyarah, para pelajar amat mengkagumi ketiga-tiga usahawan yang dipaparkan di dalam setiap artikel. Kisah hidup mereka yang dikarnag di dalam artikel ini mampu menjadi panduan untuk menjadi usahawan di mana ia memaparkan langkah-langkah bagaimana seseorang itu mampu menjadi usahawan yang hanya bermula dengan idea. 



Case Study 1: Klymit

Mengisahkan seorang pelajar, Nate Alder yang mendapat idea membuat baju menyelam menggunakan gas Noble. Kerana minatnya yang mendalam dalam bidang penyelidikan Sains, sejak di Universiti lagi beliau telah melakukan penyelidikan mengenai ideanya tersebut. Setelah tamat belajar, beliau mendapatkan khidmat nasihat pakar dalam pelbagai bidang mengikut kesesuaian baju menyelamnya. Apabila penyelidikan telah membuktikan bahawa ideanya itu boleh dijual dan dijadikan produk berkesan, dia mula mencari dana dari pelabur dan memulakan perniagaannya. Dia akhirnya berjaya dan sehingga hari ini telah menghasilkan pelbagai produk lain yang seumpanya.









Case study 2: Katryn Karrigen


Katryn adalah usahawan kasut berjaya. Kelebihan kasut Katryn adalah ia bersaiz besar iaitu saiz 11 dan ke atas. Katryn mendapat idea menjalankan perniagaan ini apabila dia sendiri mengalami masalah untuk mencari kasut bersaiz besar yang bersesuaian dengan pelbagai majlis. Usaha gigihnya mendatangkan hasil apabila ideanya mendapat perhatian pemberi dana dan kini beliau merupakan usahawan yang berjaya















Case Study 3: Think Gum



Ini pula kisah seorang pelajar yang menjalankan kajian terhadap kandungan rosemary dan pappermint yang mampu meningkatkan deria ingatan manusia. Lalu dia mendapat idea untuk menggabungkan kandunagn tersbut di dalam gula-gula getah agar ia menjadi produk yang ringkas dan mudah diperolehi oleh pengguna. Usahanya menjalankan kajian terhadap bahan-bahan gula-gula getah tersebut mendatangkan hasil apabila ia mendapat perhatian pemberi dana. Sepertimana usahawan lain, Davidson juga memulakan perniagaannya denagn sebuah idea unik, kajian demi kajian dan pencarian dana yang bersesuaian. 



Tuesday, 6 December 2011

Product Idea

Tarikh: 16 Oktober 2011

Aktiviti:

Merekabentuk satu produk yang bersesuaian dengan gambar keadaan yang diberikan. GD.com memilih gambar yang menggambarkan kawasan pantai.

Bahan: Sekeping kertas bersaiz A4

Mesej:

Aktiviti ini berjaya mendidik setiap ahli dalam kumpulan untuk berani menyampaikan idea masing-masing mengikut kreativiti sendiri. Apabila idea telah dikumpulkan, debat antara ahli kumpulan untuk mempertahankan idea masing-masing menjadikan peranan setiap ahli kumpulan lebih terserlah kewibawaannya. Manakala setelah satu idea terbaik dipilih, iaitu menghasilkan 'Portable Changing Room', kesepakatan dan kerjasama antara ahli kumpulan jelas ditonjolkan di mana, masing-masing ingin menjadikan produk yang dipilih mendapat maklumbalas yang baik dari pensyarah dan seisi kelas. Portable Changing Room yang diberikan nama komersial SQUEEZE & CHANGE ini digambarkan sebagai bilik persalinan yang mudah dilipat dan dia bawa ke mana-mana sahaja. Ia bakap diperbuat dari fabrik ringan berkualiti tinggi dan terdiri dari pelbagai corak. SQUEEZE & CHANGE juga senang dipasang dan mempunyai begnya sendiri untuk memudahkan ia di bawa. Ia juga mampu menyelesaikan masalah tempat persalinan yang sering dihadapi oleh pengunjung pantai dan tempat reakrasi selepas bermandi manda. Berikut merupakan idea bagi produk yang dipilih oleh GD.com :


Monday, 5 December 2011

Jet Plane

Tarikh: 18 September 2011

Aktiviti:

Merekabentuk kapal terbang kertas mengikut kretiviti tersendiri

Bahan: 3 keping kertas bersaiz A4

Mesej:

Ini merupakan aktiviti berkumpulan yang pertama setelah kumpulan dibentuk. Aktiviti ini telah menonjolkan kebolehan dan kreativiti setiap ahli kumpulan sekaligus memupuk semangat berkumpulan di kalangan ahli kumpulan. Aktiviti merekabentuk kapal terbang kertas ini juga membuktikan bahawa produk yang baik mampu membawa pasarannya pergi jauh dan berkembang. Kadangkala, kita tidak memerlukan produk atau perkhidmatan yang terlalu kompleks untuk dijual. Produk atau perkhidmatan yang ringkas tetapi bermanfaat juga boleh menjadi produk yang mendapat sambutan baik di pasaran.